Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ASZAHARI ALI
Title :Piala Malaysia: Sri Pahang tagih sorakan peminat dari Kelantan, Terengganu
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Peminat setia Sri Pahang termasuk yang tinggal di Lembah Klang diminta turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyokong pasukan menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Dato Mohammed Suffian Awang turut meminta penyokong Terengganu dan Kelantan untuk bersorak buat skuad Pantai Timur itu sepanjang perlawanan nanti. “Atas nama negeri-negeri di Pantai Timur, saya juga berharap Sri Pahang juga akan dapat sokongan dari penyokong dua negeri itu Sabtu ini. “Penyokong sepatutnya teruja dengan kebangkitan pasukan dapat ke final selepas kali terakhir menjulang piala itu 11 tahun lalu,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiket final Piala Malaysia kali ini masih laris apabila lebih 60 peratus sudah terjual. Banyak inisiatif yang dilakukan oleh MFL termasuk menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM90,000 secara keselurahn buat penyokong yang bertuah nanti. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035