Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
Title :Piala Malaysia: Sri Pahang tak lekeh sangat
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SRI PAHANG dilihat memiliki potensi yang baik untuk mengulangi magis yang dilakukan Kuala Lumpur City (KL City) menjelang aksi final Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim, Sabtu ini. Pandangan itu disuarakan oleh bekas pemain skuad kebangsaan, Stanley Bernard yang melihat barisan pemain Tok Gajah terdesak untuk membuktikan keupayaan demi masa depan masing-masing. Kata Stanley, kejayaan KL City yang melawan ‘arus’ dengan menewaskan JDT di pentas final Piala Malaysia edisi 2021 boleh dijadikan sebagai bukti bahawa tiada yang mustahil dalam arena bola sepak tanah air. “Ketika masa depan pasukan (Sri Pahang) masih menjadi tanda tanya, saya rasa pemain akan berjuang demi karier mereka dan berazam untuk berikan yang terbaik di pentas final kali ini. “Semua tahu menentang JDT bukanlah perlawanan yang mudah kerana mereka berupaya untuk melakar kemenangan besar, tetapi dalam aksi final, apa sahaja boleh berlaku. “Mengenai keupayaan Sri Pahang untuk mengulangi apa yang KL City lakukan, saya rasa tidak mustahil kerana apa yang penting semua pemain pamerkan kredibiliti tinggi di atas padang,” katanya kepada Kosmo!. Sementara itu, Stanley yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The City Boys ketika pasukan itu memenangi Piala Malaysia mengakui ketiadaan Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo boleh merencatkan sedikit perancangan Tok Gajah.   “Saya rasa Sherman dan Hidalgo adalah watak penting Sri Pahang musim ini. Namun, berdasarkan rekod mereka sejak beberapa perlawanan lepas, pemain-pemain simpanan juga mampu menyerlah untuk membantu pasukan menang,” katanya. Sri Pahang kini memburu trofi Piala Malaysia pertama sejak kali terakhir menang edisi 2014 ketika menewaskan JDT di pentas final.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035