Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ARINA MOHD. NOOR
Title :[VIDEO] Tak perlu berusaha keras nak jadi 10 teratas
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 23 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Jabor, Kuantan, Pahang, meraih perhatian netizen apabila bilangan keseluruhan pelajar di sekolah itu hanyalah seramai sembilan orang. Klip video yang dikongsikan oleh @Husnibnsuhaimi di TikTok, turut memaparkan salah seorang murid memberikan ucapan sempena majlis penyerahan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar sekolah. Majlis itu turut dihadiri beberapa orang guru yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah berkenaan. Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai meluahkan rasa keberuntungan sekolah berkenaan dengan memiliki jumlah pelajar sedikit. “Susah ini kalau malas datang sekolah, satu sekolah boleh kesan,” komen @Adubron. “Macam ini baru boleh riak, satu sekolah kenal aku,” balas @Janaa. “Kalau gini aku la pengawas, aku la ketua kelas, aku la AJK kebersihan, aku la bertugas sapu kelas hari isnin sampai jumaat,” kata @Ainin. -KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035