Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :MCMC panggil individu muat naik kandungan palsu terhadap Kerajaan Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada 19 April lalu. MCMC dalam kenyataannya memaklumkan, kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) dan ekoran itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang. “Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam. Sebuah telefon bimbit serta satu kad sim telah disita bagi tujuan analisis forensik. “Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut MCMC hari ini. MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035