Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Tujuh GLC Pahang untung, dua alami kerugian
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sebanyak tujuh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Pahang mencatatkan keuntungan manakala dua lagi mengalami kerugian berdasarkan prestasi kewangan beraudit bagi tahun kewangan berakhir 2023. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, prestasi GLC negeri ini sentiasa dipantau bagi memastikan ia kekal sebagai penyumbang utama kepada hasil dan pembangunan ekonomi negeri. Menurutnya, setakat tahun berakhir 2024 sebanyak sembilan syarikat induk atau perbadanan menerajui GLC negeri dan terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan. “Tujuh GLC yang mencatatkan keuntungan ialah Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Kumpulan Yayasan Pahang (YP), Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Kumpulan Pahang Corporation (Pahang Corp), Kumpulan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) dan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP). “Dua syarikat yang mengalami kerugian pula ialah Kumpulan Amanah Saham Pahang Berhad (Aspa) dan Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB),”katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Cheka) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Tambah beliau, kerugian Aspa berpunca daripada prestasi lemah anak syarikat utamanya, Mentiga Corporation Berhad yang mencatatkan kerugian sebanyak RM13.6 juta. Katanya, kerugian dialami PPPB pula disebabkan pembekuan Lesen Eksport (AP) oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang menjejaskan operasi serta jualan syarikat.   “Kita telah mengambil langkah penambahbaikan termasuk penyediaan pelan pemulihan perniagaan untuk tempoh lima tahun bagi Mentiga Corporation Berhad. Bagi PPPB pula rayuan kepada kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan semula lesen AP sedang diteruskan selain pertimbangan terhadap pelbagai alternatif untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat,” katanya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035