Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Jurutera dapat pulangan RM15,000 tetapi rugi RM1.1 juta
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kegembiraan seorang jurutera yang dapat mengeluarkan pulangan keuntungan pelaburan sebanyak RM15,032.53, tidak berpanjangan apabila dia akhirnya mengalami kerugian sebanyak RM1.1 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 3 Disember lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berumur 36 tahun membuat pelaburan dalam talian. “Mangsa telah membuat sebanyak 19 transaksi melibatkan tujuh akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM1,163,759. “Pelbagai alasan diberikan oleh pihak pentadbir platform bagi menghalang pengeluaran wang melebihi RM4 juta yang kononnya merupakan hasil pulangan pelaburan,”katanya di sini hari ini. Tambahnya, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM15,032.53 sebelum tidak dapat lagi mengakses keuntungan selebihnya. Jelasnya, sumber kerugian mangsa adalah wang simpanan sendiri serta dana yang dipinjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk tujuan pelaburan tersebut. Dalam pada itu Yahaya berkata, pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.   Katanya orang ramai juga diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035