Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Tiga GLC perluas tanaman padi di Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 21 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan negeri bekerjasama dengan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha memperluas sektor penanaman padi di negeri ini bagi meningkatkan bekalan beras putih tempatan (BPT). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu diambil bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini dan mengurangkan kebergantungan terhadap import beras. “Antara penglibatan GLC yang telah dilaksanakan ialah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) di kawasan Merchong melibatkan tanah seluas 525 hektar, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Rompin seluas 1,214 hektar, dan terkini Yayasan Pahang di kawasan Ganchong seluas 202 hektar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan Sim Chon Siang (PH-Teruntum) terhadap soalan tambahan yang dibangkitkan Datuk Andansura Rabu (PN-Beserah) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Terdahulu, Andansura meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung inisiatif yang diambil untuk menangani isu kekurangan bekalan BPT memandangkan terdapat pengurangan peruntukan Belanjawan Pahang 2025 bagi sektor pertanian, industri dan asas tani, iaitu sebanyak RM36.78 juta berbanding RM58.93 juta pada tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035