Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ASZAHARI ALI
Title :Liga Super: Sri Pahang raih ‘tonik’ sebelum ke SNBJ
Faculty :Kosmo
Year of Publication :19 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sri Pahang meraih tonik terbaik menjelang final Piala Malaysia selepas melakar kemenangan keempat berturut-turut dengan menewaskan Penang FC 3-2 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi. Tanpa penyerang Kpah Sherman dan pemain tengah, Manuel Hidalgo, Tok Gajah turun dengan kesebelasan utama yang mungkin akan dipertaruhkan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu depan. Gol yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-18 menerusi penyudah Mykola Ahapov. Bersambung pada babak kedua, pemain muda Harimau Kumbang, Alif Ikmal Rizal berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-48. Tersentak dengan gol tersebut, Syazwan Andik kembali memberi kelebihan buat tuan rumah pada minit ke-58 tetapi Penang FC menyamakan semula kedudukan apabila Stefano Brundo tertampan bola ke arah gol sendiri berselang enam minit kemudian. Ahapov muncul wira Sri Pahang apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 untuk memastikan tiga mata penuh dapat dikutip pada aksi terakhir Liga Super musim ini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035