Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Nenek rugi RM311,998 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Faculty :Kosmo
Year of Publication :19 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang pesara wanita kerugian sebanyak RM311,998.50 selepas terjerat dalam skim pelaburan saham tidak wujud. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 11 November lalu selepas mangsa berusia 66 tahun melihat iklan pelaburan saham tawaran awam permulaan (IPO) di TikTok. “Mangsa kemudian dihubungkan ke aplikasi WhatsApp dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan. warga emas itu kemudian memuat turun aplikasi pelaburan melalui pautan yang diberikan oleh suspek. “Mangsa melakukan sebanyak 16 transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun bank bermula 5 Januari hingga 15 April lalu yang berjumlah RM311,998.50,” katanya hari ini. Menurut Yahaya, apabila aplikasi itu tidak dapat diakses, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan sebanyak RM50,741 dengan alasan untuk melepaskan kawalan risiko bank. Mangsa yang curiga berasa dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis. Wang yang digunakan bagi tujuan pelaburan itu adalah duit simpanan mangsa. Yahaya menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.   Beliau turut mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat. “Masyarakat juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun bank yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035