Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Emas punca tanah Raub subur tanam musang king
Faculty :Kosmo
Year of Publication :18 April 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – Kawasan kebun musang king di sini, bernilai tinggi kerana bukan sahaja subur untuk tanaman durian, malah dikatakan mempunyai pelbagai mineral berharga kerana terletak di jajaran emas negara dan zon pemi­neralan. Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd Rasid Jaafar berkata, Raub terletak di Jalur Emas 2 di dalam Zon Sutura Bentong-Raub dan kawasan sekitar jalur emas berkenaan merupakan zon ­pemineralan yang kaya dengan pelbagai mineral lain. “Saya tidak dapat menentukan dengan tepat kawasan ber­kenaan tetapi kemungkinan ada emas di kawasan jalur emas 2 negara itu. “Sementara kawasan sekitar­nya juga berkemungkinan mempunyai banyak bahan galian lain. “Kewujudan mineral lain di kawasan itu juga menyebabkan ­tanah di situ subur, malah di situ berlaku pembentukan komposit mineral membuatkannya subur,” katanya di sini semalam. Tambahnya, kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengesan kewujudan emas dan bahan galian berharga lain di kawasan berkenaan. Pada masa ini operasi ­penebangan durian musang king yang ditanam di tanah kerajaan sekitar Sungai Ruan di sini giat dilakukan bermula 8 April hingga 3 Mei ini.   Operasi penguatkuasaan bagi menebang pokok durian musang king itu akan melibatkan kawasan seluas kira-kira 202.3 ­hektar (500 ekar) yang merupakan tanah milik kerajaan negeri. Operasi berkenaan melibatkan pelbagai agensi daripada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah dan Daerah Raub serta kawalan keselamatan daripada pihak polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA).  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035