Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Pesara guru rugi RM200,000 diperdaya ‘pegawai polis’
Faculty :Kosmo
Year of Publication :29 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang pesara guru warga emas mengalami kerugian sebanyak RM200,000 selepas terperdaya dengan penipuan dalam talian yang melakukan penyamaran sebagai pegawai polis. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian di Maran itu bermula pada 14 Februari lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berumur 71 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa diri sebagai pegawai kesihatan. “Suspek menuduh mangsa mempunyai tunggakan bil rawatan sebanyak RM68,000 dan apabila mangsa menafikan suspek memaklumkan akaun bank milik mangsa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram. “Suspek kemudian mengarahkan mangsa berhubung dengan beberapa individu yang kononnya pegawai polis untuk menyelesaikan masalah tersebut,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, mangsa telah membuat tujuh transaksi pemindahan wang ke satu akaun bank yang diberikan suspek sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM200,000. Katanya, mangsa menyedari ditipu setelah melakukan semua transaksi dan sumber kerugian adalah daripada wang simpanan mangsa. Dalam pada itu, katanya, pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar tidak melayan panggilan mencurigakan terutamanya daripada individu yang tidak dikenali khususnya melibatkan arahan pemindahan wang atau pengesahan maklumat peribadi.   “Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi wang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035