Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ZULKIFLI MANZOR
Title :Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang pada 2 Syawal
Faculty :Kosmo
Year of Publication :28 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Chini, Pekan pada 2 Syawal 1446H. Wan Rosdy berkata, majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Dato’ Shahbandar dari pukul 9 pagi hingga 2 petang. “Saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Wan Rosdy berkata, beliau akan turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis pada 5 April ini, bermula pukul 10.30 pagi. Majlis rumah terbuka tersebut selain meraikan Aidilfitri akan menjadi platform merapatkan hubungan pemimpin negeri dan rakyat. Ia memberi kesempatan untuk orang ramai beramah mesra dengan pimpinan negeri dalam suasana gembira dan penuh kemesraan. Pelbagai juadah istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri akan disediakan kepada para tetamu yang hadir. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035