Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :MOHD. FITRIE MUHAMAD
Title :Sri Pahang perlu segera cari rentak
Faculty :Kosmo
Year of Publication :26 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PENUKARAN tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia nyata memberi kelegaan buat kem Sri Pahang FC untuk memastikan pemain benar-benar berada dalam keadaan bersedia untuk tampil aksi lebih berkualiti. Perubahan sepak mula kepada 26 April berbanding 12 April mengikut jadual asal wajar dilihat daripada aspek positif sekali gus mampu memastikan kualiti perlawanan menepati jangkaan para peminat. Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berterima kasih atas pertimbangan MFL meminda tarikh final yang dilihat mampu memberi ruang kepada Tok Gajah melakukan persiapan lebih rapi. Dalam masa sama, Mohammed Suffian juga merasakan perubahan itu mampu membantu penyokong merancang perjalanan dengan lebih baik. “Penundaan final Piala Malaysia ke 26 April memberi ruang kepada penyokong merancang perjalanan dengan lebih baik. “Ini keputusan yang positif buat semua dan kami bersedia bagi menghadapi pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di (Stadium Nasional) Bukit Jalil,” katanya. Pendirian Tok Gajah seakan berasas memandangkan kelab dari Pantai Timur itu sedang mencari rentak terbaik selepas hanya meraih satu kemenangan dan satu seri dalam lima perlawanan terakhir Liga Super.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035