Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :[VIDEO] Selepas 12 tahun, bekas pertahanan Pahang timang zuriat pertama
Faculty :Kosmo
Year of Publication :26 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Impian bekas pertahanan Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan, 44, untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Allah apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, selepas 12 tahun mereka menanti. Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram semalam. “Bismillah, masya-Allah, Allah, tabarakallah, alhamdulillah syukur. “Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun. “Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, amin. Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang, kakak,” katanya menerusi hantaran berkenaan. Berita gembira tersebut turut mendapat ucapan tahniah daripada bekas ahli pasukan Syamim Yahya serta Razman Roslan. “Tahniah ‘brader’,” kata Syamim.   “Alhamdulillah, tahniah. Semoga menjadi anak yang soleh,” kata Razman. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035