Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :3.14 juta kenderaan dijangka masuk Pahang sempena Aidilfitri
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sebanyak 3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menerusi laluan-laluan utama. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, jumlah tersebut berdasarkan jangkaan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bermula 27 Mac hingga 7 April ini. Menurutnya, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2.24 juta kenderaan akan melalui laluan itu dalam tempoh berkenaan. “Bagi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), sebanyak 903,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan tersebut dengan kemuncak trafik pada 6 April ini melibatkan 119,000 kenderaan. “Kenaikan aliran trafik ini bukan sahaja disebabkan oleh rakyat negeri ini yang pulang ke kampung halaman, malah turut melibatkan pengguna dari negeri lain yang menggunakan laluan di Pahang sebagai transit,” katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan dan Ops Siaga Raya Aidilfitri 2025, di sini hari ini. Mengulas mengenai kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, Ir. Razali berkata, projek membabitkan Pakej 5C1 di daerah Bentong di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) kini giat dilaksanakan. Katanya, projek melibatkan jarak 400 meter itu membabitkan kos sebanyak RM500,000 dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 Mac ini.   “Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan jalan di seluruh negeri turut dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik termasuk pemasangan lampu jalan berasaskan tenaga solar di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik. “Keutamaan akan diberikan di kawasan gelap terutama di laluan utama secara berperingkat mengikut peruntukan diluluskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035