Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Kutipan sisa domestik di KL, Pahang turun sepanjang Ramadan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) anak syarikat Malakoff Corporation Bhd. mencatatkan penurunan sebanyak 22.89 peratus bagi kutipan sisa domestik di Kuala Lumpur pada hari ke 20 bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun lalu. Penurunan itu turut dicatatkan di negeri Pahang iaitu sebanyak 6.43 peratus, manakala Putrajaya kekal dengan tiada perubahan. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, trend positif itu mencerminkan peningkatan kesedaran orang ramai dan amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab serta lestari sepanjang Ramadan. Menurutnya, syarikat itu mengutip 29,300 metrik tan sisa domestik di sekitar Kuala Lumpur pada tahun ini berbanding 38,000 metrik tan pada lalu. “Di Pahang pula, 13,100 metrik tan pada tahun 2025 berbanding 14,000 metrik tan pada 2024. “Putrajaya pula mencatatkan jumlah yang sama sebanyak 2,000 metrik tan pada kedua-dua tahun tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Shariman Yusuf berkata, penurunan kutipan sisa domestik, terutamanya di Kuala Lumpur, disebabkan oleh pengurangan jumlah bazar Ramadan pada tahun ini.   Jelasnya, jumlah lokasi bazar Ramadan di Kuala Lumpur telah dikurangkan dari 112 lokasi pada tahun 2024 kepada 66 lokasi pada tahun 2025. “Pengurangan tersebut memberi impak langsung kepada jumlah sisa terkumpul kerana jumlah pengunjung dan aktiviti perniagaan di bazar turut berkurangan, seterusnya menyebabkan pengurangan sisa yang dihasilkan,” katanya. Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang, akan terus berjalan seperti biasa sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035