Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Sultan Pahang bangga 4 daerah Pahang tersenarai bandar paling bahagia
Faculty :Kosmo
Year of Publication :21 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
IPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga apabila empat daerah di negeri ini tersenarai dalam 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025. Baginda bertitah, pengiktirafan itu amat bersesuaian terutamanya dengan suasana yang dapat dinikmati di Lipis. “Saya bangga kerana kejayaan di Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Temerloh. Di Lipis hari ini, saya lawat bandar, masjid, nampak semua orang senyum (sesuai) dinobatkan dengan gelaran tersebut. “Rakyat di Pahang sangat bertuah, moga semua diberkati dan kuat kerja, solat, mengaji dan lain-lain,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Maahad Tahfiz Ar-Rushd (MTAR) di Kampung Tanjung Gahai di sini hari ini. Semalam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan kejayaan 20 bandar berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia. Lipis, Cameron Highlands, Jerantut meraih pengiktirafan bagi kategori majlis daerah manakala Temerloh (perbandaran).-KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035