Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Pegawai imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 22 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM47,600 bagi melindungi pekerja asing tanpa permit sah di sekitar daerah Temerloh, Raub dan Cameron Highlands. Bagaimanapun tertuduh, Kamarul Amilin Zainal Ariffin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Menurut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang didakwa meminta dan menerima wang rasuah antara RM900 hingga RM3,000 secara bulanan daripada beberapa pengusaha pusat hiburan, pusat refleksologi, pemilik kebun dan kilang kayu sebagai balasan melindungi pekerja-pekerja asing tanpa permit sah daripada tindakan pihak Imigresen. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas di Pejabat Imigresen Daerah Temerloh antara tahun 2018 hingga 2022. Sebanyak 10 pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 membabitkan jumlah rasuah RM15,800. Bagi kesalahan itu, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, manakala 12 lagi pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan nilai rasuah RM31,800. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh di penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.   Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar dan mahkamah menetapkan 29 April depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035