Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Lelaki rentung rumah didiami terbakar
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – Seorang lelaki yang tinggal bersendirian ditemukan rentung apabila rumah yang didiami musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Kuala Semantan, Cheroh, di sini tengah malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.42 tengah malam dan 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan BBP Lipis dikejarkan ke lokasi dengan tiga jentera. “Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari BBP Raub, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal. “Peratusan kebakaran dianggarkan 100 peratus. Mangsa, Zahari Ibrahim berusia 50 tahun ditemukan rentung. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035