Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author : ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Diumpan keuntungan RM700, pengurus syarikat rugi RM766,788.75
Faculty :Kosmo
Year of Publication :19 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Diumpan keuntungan pertama sebanyak RM700, akhirnya seorang pengurus syarikat mengalami kerugian sebanyak RM766,788.75 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan emas tidak wujud dalam talian. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 6 Februari lalu apabila mangsa yang merupakan lelaki berumur 34 tahun berkenalan dengan seorang wanita di Facebook. “Mangsa kemudian ditawarkan untuk menyertai pelaburan emas melalui sebuah laman web dengan janji keuntungan dalam tempoh singkat. “Pada peringkat awal, mangsa telah melabur sebanyak RM5,000 dan menerima pulangan anggaran sebanyak RM5,700,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, dalam tempoh antara 12 Februari hingga 16 Mac lalu, mangsa telah membuat 37 transaksi ke lima akaun bank berbeza tetapi gagal mengeluarkan modal serta keuntungan dijanjikan. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kerugian adalah daripada wang simpanan mangsa, pinjaman daripada ibu mangsa dan pinjaman bank. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035