Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
Title :Nasib Sri Pahang, KDA FC diketahui bulan depan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :19 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TEKA-teki mengenai penyertaan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 hanya akan diketahui selewatnya pada 30 April depan. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, badan bebas First Instance Body (FIB) akan bermesyuarat pada tarikh tersebut bagi memutuskan jumlah pasukan yang layak mendapat Lesen Kebangsaan. Kata Mohd Shazli, pihaknya selaku badan pengelola Liga M sentiasa berkomunikasi dengan kelab-kelab tempatan bagi memastikan mereka dapat melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum memuat naik ke dalam sistem pelesenan kelab. “Saya rasa kami masih optimis mana-mana pasukan sedia ada, mampu kekal dan mampu komited dengan pelesenan kelab. “Setakat ini, menerusi sesi pertemuan, nampaknya sangat positif. Saya rasa dalam sebulan lebih, kelab harus bekerja keras untuk memastikan butiran pelesenan dapat dipenuhi sebelum berakhir 30 April,” katanya ketika ditemui. Sebagai rekod, skuad Sang Kenari dan Tok Gajah dikhabarkan bakal ‘terkubur’ selepas dibelenggu isu luar padang termasuk pembayaran gaji yang tidak konsisten musim ini. Sementara itu, Mohd Shazli turut menepis spekulasi bahawa kelab Brunei DPMM akan kembali ke kancah Liga Super sekali gus melengkapkan angka 14 pasukan yang bertanding bagi kempen musim depan.   Mohd Shazli berkata, MFL sentiasa terbuka untuk menerima kelab luar negara, tetapi kelulusannya perlu melalui proses yang rumit dan segala pengesahan hanya dimaklumkan pada masa terdekat. “Sudah tentu kami terbuka, tetapi kami perlu mengambil kira juga bila liga akan bermula dan bila liga di negara berkenaan berakhir. “Kami tidak ada masalah selagi mendapat sokongan daripada FAM diikuti kelulusan AFC dan seterusnya dibawa ke FIFA,” katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035