Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :181 kali ‘water bombing’ padam hutan Cenderawasih
Faculty :Kosmo
Year of Publication :16 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN – Pasukan bomba telah melakukan ‘water bombing’ sebanyak 181 kali sehingga tengah hari ini bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan hutan tanah gambut berhampiran Kampung Cenderawasih di sini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, dalam operasi selama sembilan hari itu pasukan bomba menggunakan sebanyak 259,326 liter air untuk pengoperasian melalui pesawat. “Operasi pemadaman dilakukan pada ketinggian 100 hingga 200 kaki dan ke bawah menggunakan teknik ‘bush dan candle light fire’ yang melibatkan lapan kru dan tiga pegawai JBPM Pahang. “Pesawat mengambil air daripada tiga sumber air parit berhampiran di sekitar ladang untuk melakukan pemadaman dan melakukan pemadaman di kawasan ladang berhampiran hutan simpan,”katanya di sini hari ini. Menurut Mohd Razam, operasi pemadaman di kawasan berkenaan bermula 7 Mac lalu dan melibatkan kawasan hutan gambut berkeluasan 897.82 hektar. Katanya, sehingga semalam jumlah kawasan kebakaran ialah seluas 113 hektar dan sebanyak 93.36 hektar telah dipadamkan dengan baki kawasan yang masih terbakar kira-kira 19.64 hektar. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035