Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Tukang kayu warga emas rugi RM420,750 akibat love scam
Faculty :Kosmo
Year of Publication :25 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang tukang kayu warga emas berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman daripada rakan-rakannya sebanyak RM420,750 lesap selepas dia terperdaya dengan ‘love scam’. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian di Temerloh itu bermula awal Februari tahun lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang wanita di Facebook. “Mereka berhubung melalui Mesengger Facebook dan selepas beberapa bulan suspek meminta tolong daripada mangsa untuk membayar tiket kapal terbang bagi tujuan pulang ke Amerika Syarikat. “Mangsa berasa kesian dan telah memindahkan wang sepertimana yang dikehendaki suspek,”katanya di sini hari ini. Menurutnya sejak dari itu, suspek kerap meminta pertolongan daripada mangsa atas pelbagai alasan menyaksikan mangsa membuat sebanyak 132 kali transaksi ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM420,750. Katanya, wang berkenaan adalah hasil daripada wang simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa selain dipinjam daripada rakan mangsa. Sementara itu katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan panggilan daripada individu yang tidak dikenali.   “Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035