Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :[VIDEO] Bangkai paus terdampar dipercayai jenis Bryde dihantar ujian eDNA
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 24 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN – Bangkai paus yang ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang di sini berkemungkinan adalah daripada paus jenis Bryde atau Fin berdasarkan keadaan bangkai yang ditemukan. Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata, bagaimanapun analisis eDNA atau enviromental DNA detection akan dilakukan bagi menentukan spesies paus itu dengan lebih tepat memandangkan bangkai itu telah reput. “Bertindak atas maklumat awam, pasukan dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang bersama Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang (IPPRA) Terengganu telah turun ke lokasi untuk meninjau keadaan bangkai berkenaan. “Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa bangkai paus tersebut telah lama mereput dan menyebabkan kesukaran dalam proses pengecaman spesies,” katanya di sini hari ini. Menurut Adnan di bawah Akta Perikanan 1985, spesies paus dilindungi di bawah peruntukan berkaitan spesies marin terancam dan sebarang gangguan atau eksploitasi terhadap paus adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Justeru katanya, jabatan akan terus memantau situasi tersebut dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Miang, Muhammad Karim, berkata, bangkai paus berkenaan ditemukan oleh pemancing kira-kira pukul 4.45 petang semalam.   Katanya, beliau percaya bangkai berkenaan dihanyutkan ke pantai berkenaan ketika air pasang besar minggu lalu. “Selepas ini penduduk kampung bercadang bergotong-royong menanam bangkai itu kerana ia sudah busuk dan berulat. “Sebelum ini penduduk pernah menemui bangkai paus terdampar di kawasan pantai di sini tetapi saiznya kecil sahaja,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035