Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ISKANDAR SHAH MOHAMED
Title :‘Junjung kasih baginda Sultan Pahang’
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – “Junjung kasih baginda Sultan Pahang (Al Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustafa Billah Shah),” Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu, dua tahun lalu. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau menjunjung kasih kepada Al Sultan Abdullah yang berkenan memberi warkah pengampunan. “Saya juga tahu rakyat Malaysia turut mendoakan diri saya sepanjang kes ini. Terima kasih juga kepada mahkamah atas keputusan ini selain pimpinan (parti) dan barisan peguam saya,” katanya. Tambah Muhammad Sanusi, beliau berpegang kepada prinsip bahawa semua perkara berlaku atas izin Allah. “Sekiranya semua makhluk atas dunia mahu kenakan seseorang tetapi Allah tidak izin, maka ia tidak akan terjadi. Jika berhimpun satu dunia untuk menyelamatkan satu orang, tapi Allah tidak izin, dia juga tidak boleh selamat,” ujarnya. Sementara itu, peguamnya, Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata, pihaknya menerima warkah pengampunan berkenaan pada 14 Februari lalu.   “Kami kemudian mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan pertuduhan itu pada Isnin minggu lalu (17 Februari). “Alhamdulilah hakim setuju untuk lepas dan bebas. Kini, Datuk Seri (Sanusi) tidak terikat kepada sebarang perintah mahkamah bagi kes itu,” katanya. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Hakim Datuk Aslam Zainudin membuat keputusan lepas dan bebas kepada Muhammad Sanusi selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan berkenaan.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035