Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Sultan Pahang titah dalamkan sungai cetek
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kejadian banjir yang berlaku di Kampung Karak Setia dan PRIMA Pahang di sini sebagai ‘rahmat’ bagi mengenal pasti kekurangan di kawasan tersebut. Titah baginda, antara kekurangan yang dikenal pasti adalah sungai yang begitu cetek dan perlu diperdalamkan bagi mengelak air melimpah ke tebing. “Tadi kita dengar Pegawai Daerah Bentong (Datuk Seri Mohd. Shahid Ismail) cakap untuk tinggikan ban di Sungai Bentong dan akan ada projek tebatan banjir. Difahamkan (bernilai) RM300 juta. “Saya ingat itu (ban) mungkin dapat mengurangkan kesan banjir besar, namun saya masih lagi dengan pendapat Sungai Bentong atau sungai mana sekalipun perlu didalami, lebih-lebih lagi apabila kita buat ban atau apa-apa tebatan sekalipun. “Ini akan mengurangkan tekanan kepada projek-projek (tebatan) baru ini,” titahnya selepas berkenan berangkat mencemar duli menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia, di sini, hari ini. Dalam pada itu, baginda bertitah, kajian untuk meluruskan laluan air Sungai Bentong perlu dilakukan sebagai langkah jangka panjang bagi mengelak musibah sama berulang. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035