Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Warga emas memancing udang dikhuatiri lemas
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 20 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ROMPIN – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Rompin di sini hari ini. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Saari Awang, 67, yang memancing seorang diri terjatuh ke dalam sungai ketika sampai ke jeti Kampung Menchali di sini. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.07 pagi dan bergegas ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian. “Pasukan bomba memulakan operasi dengan membuat pencarian di sekitar sungai dan permukaan menggunakan bantuan bot orang kampung. “Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) hadir di lokasi bagi membantu operasi pencarian mangsa,” katanya hari ini. Menurutnya, sehingga pukul 3 petang tadi, mangsa masih belum dijumpai. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035