Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Kes bunuh Norshamira: Kerajaan Pahang tawar khidmat kaunseling untuk keluarga
Faculty :Kosmo
Year of Publication :19 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia memberi bantuan dan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa bunuh, Allahyarhamah Norshamira Zainal. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, pihak JKM telah menyediakan dua kaunselor bagi memulihkan emosi suami dan keluarga mangsa. “Hari ini kita datang melahirkan rasa simpati dan juga memberi sokongan moral kepada keluarga Allahyarhamah Norshamira. Pihak JKM juga ada hantar sokongan psikologi daripada kaunselor yang sudah bermula pada hari kedua. “Kaunselor di Rompin telah membuat intervensi pada hari kedua di Keratong yang melibatkan keluarga mangsa, dan suami serta keluarga di Kuantan,” katanya ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri Pahang kepada suami Allahyarhamah, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, di Taman PSJ Sungai Karang Darat dekat sini, semalam. Sementara itu, Mohammad Afiq Akhmal berkata, bantuan psikologi oleh pihak JKM amat membantu dirinya dan keluarga untuk lebih tenang dalam menerima pemergian Allahyarhamah. “Setakat ini Alhamdulillah memang tak ada masalah yang besar sangat, saya boleh hadapi dan agak tenang sedikit selepas pemergian arwah,” katanya. Dalam kejadian 13 Februari lalu, Allahyarhamah Norshamira, 37, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur dekat sini selepas keluar rumah bagi menjalankan perniagaan penghantaran tunai (COD) makanan. – KOSMO! ONLINE    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035