Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :HARIS FADILAH AHMAD
Title :Rumah separa kekal terbakar di Felda Sungai Retang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :18 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Kelah, Felda Sungai Retang pada pukul 10.02 malam semalam. “Seramai lima angota dari BBP Jerantut bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada pukul 10.35 malam semalam dengan sebuah jentera. “Setiba di lokasi komander operasi mengesahkan sebuah rumah separuh kekal berukuran mengalami kebakaran hampir 80 peratus dan anggota dari dua balai tersebut segera melakukan penugsan pemadaman,”katanya di sini hari ini. Dalam pada itu katanya, anggota bomba melakukan tugasan pemadaman mengunakan satu aliran daripada tangki jentera dan menggunakan air pili bomba sejauh 180 meter. Ujarnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035