Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :244,799 murid dan pelajar mula bersekolah di Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :17 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Seramai 244,799 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Pahang memulakan sesi akademik 2025/2026 hari ini melibatkan 739 sekolah di seluruh negeri. Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, daripada jumlah itu seramai 46,240 merupakan murid baharu melibatkan 24,740 murid tahun satu dan 21,500 pelajar tingkatan satu. “Sejumlah 123,640 adalah murid sekolah rendah dan 74,919, pelajar sekolah menengah dan kesemua pelajar meneruskan sesi persekolahan di 739 sekolah seluruh negeri terdiri daripada 541 sekolah rendah dan 198 sekolah menengah. “Pengoperasian semua sekolah hari ini berjalan lancar dengan kerjasama daripada seramai 23,392 guru dan 4,158 Anggota Kumpulan Perlaksana (AKP),”katanya pada sidang akhbar sempena Program 1st Day At School Peringkat Negeri Pahang 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Lurah Bilut di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035