|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN – Seorang peniaga wanita yang dibunuh kejam di tepi Sungai Kuantan di sini kelmarin dipercayai terpaksa melalui azab kesakitan selepas kepalanya dipukul dengan objek keras.
Mayat mangsa, Norshamira Zainal, 37, kemudian diletakkan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur sebelum dijumpai orang ramai.
Mayat peniaga makanan itu dijumpai selepas 17 jam dilaporkan hilang.
Wanita itu dilaporkan hilang pada pukul 7,30 malam Rabu lalu ketika keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang juga suspek kes tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan jenayah pada tubuh badan di mati.
“Saksi mengatakan mangsa datang ke kawasan kejadian untuk menjalankan urus niaga COD (cash on delivery) pada pukul 7.30 malam kelmarin (Khamis).
“Kita sudah mengenal pasti suspek lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
“Mereka tiada hubungan, cuma mangsa ada membuat pertemuan dengan suspek yang memesan barangan jualan mangsa,” katanya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |