Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :[VIDEO] Kejam dan tidak berperikemanusiaan – Sultan Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :14 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kejadian pembunuhan ke atas seorang peniaga wanita di tepi Sungai Kuantan sebagai perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sehubungan itu, menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda mahu suspek segera diberkas dan hukuman setimpal dikenakan sekiranya disabitkan atas kesalahan membunuh. Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Dalam kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin, 31. Hari ini Kosmo! melaporkan seorang peniaga makanan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati disyaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur. Mangsa berusia 37 tahun ditemui orang awam sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis pada pukul 12.45 tengah hari.   Wanita itu dilaporkan hilang pada pukul 7.30 malam, Rabu lalu selepas menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya yang juga suspek kes bunuh tersebut. Susulan kejadian itu, polis giat mengesan suspek tersebut yang sudah dikenal pasti identitinya. -KOSMO! ONLINE.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035