Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
Title :Titah Adendum: Kabinet junjung kasih titah Sultan Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :28 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA – Jemaah Menteri hari ini menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dinyatakan Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjunjung kasih titah Sultan Pahang itu. “Kita semua sendiri maklum Tuanku telah bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang di bawah proses undang-undang perlu dihormati. “Tuanku juga bertitah dan meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Katanya, pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan. Ditanya apa tindakan kerajaan jika Titah Adendum itu tetap dibahaskan oleh segelintir pihak, Fahmi berkata, beliau percaya semua pihak akan hormati titah Tuanku itu.   “Dalam hal ini dan kita serah kepada proses mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035