Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Henti bahas soal titah adendum – Sultan Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :28 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal titah adendum. Baginda menegaskan bahawa perkara itu kini berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya. “Dalam soal titah adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti. “Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik,” titah baginda pada Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini malam semalam yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Menurut baginda semua pihak perlu berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Dalam pada itu baginda, bertitah agar semua pihak tidak mempolitikkan keberangkatan baginda ke Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat kerana ia boleh memberi gambaran tidak baik kepada institusi Diraja.   “Saya datang semata-mata untuk bermunajat, menyembah kepada Allah, berdoa supaya kita, negeri Pahang, rakyat Pahang akan sentiasa diberkati, sentiasa dilindungi dan sentiasa dirahmati Allah. “Saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang politik kepartian dari dahulu, kini dan akan datang. Tolonglah ingat ya, saya selaku Sultan mesti berkerjasama dengan kerajaan yang memerintah sekarang, kerajaan negeri Pahang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035