Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :DHU raikan kecemerlangan akademik, kejayaan 399 pelajar
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHU) telah meraikan kecemerlangan akademik dan kejayaan 399 pelajar di Istiadat Konvokesyen ke-9 di Dewan Canselor Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan Pahang, baru-baru ini. Majlis gilang-gemilang yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti iaitu Tan Sri Syed Faisal Albar itu menyaksikan  penganugerahan ijazah dan sijil untuk pelbagai program akademik. Ini termasuk dua graduan Doktor Falsafah, satu Ijazah Sarjana dan 72 Ijazah Sarjana Muda.  Selain itu, 113 graduan telah menerima Diploma, 25 graduan Program Asasi, 123 graduan Program Profesional, dan 70 graduan dari Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) telah menerima sijil. Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DHU, Prof. Datuk Sr Dr. Omar Osman berkata, pihak universiti berasa amat bangga atas kejayaan para graduan tahun ini, yang termasuk tiga pelajar luar negara.  Beliau memaklumkan bahawa  DHU telah mencapai kejayaan dalam bidang penyelidikan melalui sumbangan pasukan fakulti kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan pembangunan industri.  Sebanyak 16 kemenangan telah diraih dalam pelbagai pertandingan penyelidikan, termasuk enam pingat emas, empat perak, lima gangsa, serta satu Anugerah Kelestarian Alam.    “Kejayaan-kejayaan ini adalah bukti kepada  komitmen serta dedikasi para penyelidik kami untuk terus menyumbang secara signifikan di dalam kemajuan ilmu pengetahuan dan pembangunan  industri” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Omar menerangkan, lebih membanggakan, kebolehpasaran graduan universiti tersebut adalah 95 peratus dengan 3,353 daripada 3,514 graduan telah berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor.  Tambah beliau, DHU terus berkembang dengan menawarkan pendidikan yang lebih fleksibel dan mudah diakses.    “Melalui inisiatif Reshape Academic Program, DHU menyediakan tiga program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) yang baharu serta kursus tambahan untuk memenuhi permintaan pembelajaran moden, jelasnya. -KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035