Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Ramai teruja, rupanya ini maksud sebenar Istana Abdulaziz
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Orang ramai teruja dengan perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai maksud serta asal usul nama Istana Abdulaziz di Kuantan. Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Adib Yaakub berkata, nama Abdulaziz tersebut diambil dengan menggabungkan nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Jelasnya, selama hampir 10 tahun tinggal di Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di tidak mengetahui bahawa nama tersebut adalah gabungan pasangan Diraja Pahang itu. “Dua hari lepas ada kawan saya tanya, kau tahu tak maksud Abdulaziz? Dia kata Abdulaziz ini adalah singkatan Abdullah dan Azizah. “Selama hampir 10 tahun tinggal dan duduk di sini baru tahu maksud sebenar Abdulaziz tu. Sebab itu nama Abdulaziz itu bersambung, biasanya kalau nama orang dia akan jarakkan,”katanya dalam satu klip video. Sementara itu, memetik laporan Bernama pada 31 Januari 2019, sebenarnya nama Abdulaziz yang digunakan pada istana yang dibina di atas bukit di Indera Mahkota di sini adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Hal itu diakui sendiri oleh Tunku Azizah ketika agensi berita berkenaan memohon perkenan untuk membuat artikel mengennai istana berkenaan.   “Baginda (Tunku Azizah) turut memaklumkan idea untuk menamakan istana berkenaan dengan nama Abdulaziz diperoleh ketika menunaikan haji bersama Al-Sultan Abdulah dan ia membawa maksud hamba Allah yang mulia,” katanya. Istana yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pusat bandar Kuantan, di atas bukit dengan keluasan tanah 17.2 hektar itu, dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan dan balai menghadap selain landskapnya yang memukau. – KOSMO! ONLINE      
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035