Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Elak isu 3R hindari persengketaan – Wan Rosdy
Faculty :Kosmo
Year of Publication :27 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
LIPIS – Persengketaan mengenai isu-isu sensitif 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja perlu dielakkan kerana boleh mencetuskan perpecahan yang memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negeri. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu semua masyarakat berbilang kaum di negeri ini perlu menghindari sebarang persengketaan yang berpunca daripada isu-isu sensitif. “Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk sentiasa mengamalkan sikap berfikir sebelum bertindak khususnya dalam penggunaan media sosial. “Jangan mudah terpengaruh dengan berita palsu, provokasi atau kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum,” katanya pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Serbaguna SJKC Jerkoh di sini hari ini. Menurut Wan Rosdy, peranan sebagai rakyat adalah untuk memastikan keamanan dan kestabilan negeri ini terus terpelihara. Jelasnya, dalam konteks itu beliau amat menghargai usaha pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat dalam mendidik rakyat tentang pentingnya mengelakkan isu-isu sensitif. “Kita semua perlu sedar bahawa setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang harmoni,” katanya.   Dalam pada itu, beliau berkata, perayaan seperti Tahun Baharu Cina ini adalah peluang terbaik untuk memperkukuh hubungan antara kaum. “Saya amat berbangga melihat rakyat Pahang yang sentiasa bersama-sama meraikan perayaan ini tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa. “Semangat inilah yang perlu terus dipupuk dan diwarisi oleh generasi akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035