Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Lelaki dikhuatiri lemas jatuh dari bot di tengah Tasik Bera
Faculty :Kosmo
Year of Publication :26 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BERA – Seorang lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika menyeberang Tasik Bera untuk pulang ke rumahnya semalam. Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu mangsa Sabri Juarong,46, menaiki bot berkenaan bersama isteri dan seorang anak perempuannya. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, bomba yang tiba ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.37 malam melakukan operasi pencarian. “Operasi mencari mangsa dilakukan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang sebelum ditangguhkan pada pukul 9.43 malam dan operasi pencarian disambung semula hari ini.   Menurutnya lokasi mangsa dilaporkan lemas ialah kira-kira tiga kilometer daripada jeti dan laluan ke jeti melalui ladang sawit hanya boleh dilalui oleh trak pikap.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035