Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Cikgu dari Bera bergelar jutawan selepas menang cabutan Bank Rakyat
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 24 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Seorang guru sekolah dari Bera, Pahang, menjadi jutawan selepas dinobatkan sebagai pemenang cabutan hadiah utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat 2025. Hazrul Ikram Pahroraji, 45, membawa pulang RM1 juta selepas diumumkan pemenang utama cabutan berkenaan. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff melalui satu kenyataan hari ini berkata, sambutan luar biasa daripada orang ramai dan pelanggan setia Bank Rakyat telah menggalakkan Bank berkenaan untuk terus memperluaskan lagi impak dan manfaat produk pelaburan ini dengan pencarian jutawan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus yang seterusnya bagi Cabutan Hadiah Utama tahun 2025. Ahmad Shahril berkata, sambutan luar biasa daripada orang ramai dan pelanggan setia Bank Rakyat telah menggalakkan Bank berkenaan untuk terus memperluaskan lagi impak dan manfaat produk pelaburan ini dengan pencarian jutawan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus yang seterusnya bagi Cabutan Hadiah Utama tahun 2025. “Pada Januari 2024, kita menyaksikan detik bersejarah apabila jutawan pertama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus diumumkan, yang mana seorang jururunding berjaya membawa pulang hadiah utama berjumlah RM1 juta sebagai hasil daripada pelaburannya menerusi akaun ini,” ujarnya. Terdahulu, Bank Rakyat telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus di Menara Kembar Bank Rakyat semalam. Semasa majlis berkenaan, Bank Rakyat turut meraikan para pemenang Cabutan Hadiah Utama bagi tahun 2025 yang lain, yang mana tempat kedua dimenangi oleh Noor Afidah Mohammad Isa dari Selangor yang membawa pulang hadiah emas seberat 500 gram.   Manakala empat lagi orang pemenang hadiah tempat ketiga membawa pulang hadiah emas seberat 100 gram, iaitu Radiah Jusoh dari Kelantan, Muhammad Al Hafiz Abd. Gafar dan Tan Moi Kia dari Johor serta Aifa Nadhirah Muhammad Sazri dari Pulau Pinang. Seramai tiga lagi orang pemenang yang memenangi hadiah tempat keempat, kelima dan keenam pula menerima peratusan keuntungan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun berserta hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, RM5,000 dan RM1,000. “Sepanjang tahun ini, kami akan mengadakan pelbagai cabutan menarik, termasuk cabutan bulanan, suku tahunan, setengah tahun, serta cabutan istimewa yang pastinya memberi lebih banyak peluang kepada anda untuk menang. Setiap cabutan adalah peluang baharu untuk anda meraih hadiah hebat. “Menerusi hadiah dan ganjaran lumayan berjumlah keseluruhan RM5.8 juta yang ditawarkan, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus adalah sebahagian daripada usaha Bank Rakyat untuk memastikan pelanggan dapat meraih manfaat yang maksimum daripada produk pelaburan yang selamat dan patuh Syariah. “Pada tahun 2025, Bank Rakyat mensasarkan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM700 juta, yang mana jauh lebih tinggi daripada sasaran awal kami pada tahun pertama produk ini dilancarkan,” tambah Ahmad Shahril. – KOSMO! ONLINE.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035