Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Penjawat awam ditahan buat tuntutan palsu penginapan hotel
Faculty :Kosmo
Year of Publication :22 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023. Difahamkan, suspek ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang di sini. Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu direman selama enam hari sehingga 27 Januari ini. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Pahang, Hairuzam bin Mohd Amin @ Hamim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035