Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Bekas kakitangan Paip didenda RM15,000 buat tuntutan palsu
Faculty :Kosmo
Year of Publication :21 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang bekas kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan mengemukakan dokumen palsu lima tahun lalu. Tertuduh, Mohd Nizar Zainun, 43, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Tertuduh yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Divisyen Perkhidmatan Korporat Gred M1 mengaku membuat tuntutan bayaran kerja pembekalan makanan dan minuman berjumlah RM10,340. Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mohd Nizar didapati secara tidak jujur menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan kerja penyediaan makanan dan minuman untuk satu program berjumlah RM4,400. Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu untuk tuntutan kerja penyediaan makanan, minuman, serta peralatan berkaitan bagi peserta kursus berjumlah RM5,940. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di pejabat pengurusan Paip di sini pada 30 Dis 2021 dan 28 Feb 2022. Mohd Nizar didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman di bawah Seksyen 465 kanun sama yang mana jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum dua tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.   Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadli Mohd Zamri, manakala tertuduh diwakili peguam Amzarul Khuderi. Mahkamah menetapkan denda sebanyak RM7,500 bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035