Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Seorang cedera kemalangan tujuh kenderaan termasuk treler di Kuantan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :21 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Kampung Chendor di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu membabitkan sebuah treler, sebuah lori, empat buah kereta dan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 9.59 pagi mendapatu kemalangan melibatkan tujuh kenderaan yang berlanggar secara sebarus dari arah belakang. “Terdapat satu mangsa iaitu lelaki dewasa cedera dan tersepit di dalam kereta jenis Perodua MyVi dan kesemua mangsa lain selamat dan tidak cedera. “Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,”katanya di sini hari ini. Menurut Wan Ahmad Fadillah, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035