Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :AZIZAH SHAFIEI
Title :Lima lagi premis makanan di Bentong diarah tutup
Faculty :Kosmo
Year of Publication :20 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Sebanyak lima lagi premis makanan termasuk restoran di sekitar Bukit Tinggi, Genting Highlands dan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) di daerah ini diarah tutup semalam kerana kotor dan gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan. Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, dalam Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam itu, sebanyak 185 notis cadangan kompaun di bawah Akta Makanan 1983 [Akta 281] dikeluarkan berjumlah RM57,600. “Dalam operasi ini sebanyak 463 notis dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] dengan nilai kompuan berjumlah RM114,850. “Daripada jumlah itu, sebanyak 455 notis bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, empat notis bagi kesalahan pemilik premis gagal mempamer tanda larangan atau menyediakan kemudahan merokok, dua notis kesalahan orang bukan dewasa merokok serta dua notis pendakwaan terus kesalahan menerbitkan iklan produk merokok dan penjual rokok sebagai pemberian,”katanya di sini hari ini. Tambahnya, sebanyak lima notis kesalahan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Membawa Penyakit (APSPP) 1975 [Akta 154] turut dikeluarkan berikutan premis positif pembiakan jentik-jentik dengan nilai cadangan kompuan berjumlah RM2,500. Sementara itu katanya, Pahang merupakan antara negeri tertinggi dalam pengeluaran notis kompaun di bawah perundangan kesihatan awam pada tahun lalu apabila merekodkan sebanyak 22,703 notis kesalahan berjumlah RM6.39 juta. Katanya daripada jumlah itu sebanyak 2,028 kertas siasatan dibuka bagi tujuan pendakwaan di mahkamah dengan 114 daripadanya telah disabitkan kesalahan dengan nilai denda berjumlah RM273,900. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035