Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :[VIDEO] Ayah redah hujan ikut anak kali pertama pandu kereta ke UiTM
Faculty :Kosmo
Year of Publication :17 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Seorang bapa sanggup meredah lebuh raya dalam keadaan hujan bersama isteri semata-mata ingin memastikan anak perempuan mereka selamat tiba ke destinasi. Melalui satu klip video tular di TikTok, lelaki tersebut menunggang motosikal bersama isteri bagi mengiringi anak gadis mereka yang pertama kali memandu kereta ke kolej di Pahang. Video tersebut menyaksikan, pelajar tersebut memandu sebuah Perodua Axia berwarna putih yang dalam perjalanan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jengka. Difahamkan, anak pasangan itu akan menamatkan pengajiannya pada bulan hadapan dan itu merupakan kali pertama dia memandu kereta ke Jengka. Bagaimanapun, ibu bapa pelajar tersebut dikatakan tidak sempat untuk terus menghantar anak kesayangan mereka kerana keadaan hujan lebat. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkan lelaki itu seorang bapa terbaik. “Mungkin naluri ayah yang mahukan anaknya selamat dalam perjalanan. Hebat ayah ini, tahniah adik dapat ayah terbaik macam ni,” kata Salwa Rosly.   “Tiba-tiba pula aku rasa sebak, memang seorang bapa sangat sayangkan anak perempuan dia, tambah- tambah lagi kalau anak tunggal,” kata Rukhairizul. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035