Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Mayat remaja lelaki jatuh Sungai Pahang ditemukan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :6 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JERANTUT- Mayat seorang remaja lelaki yang hilang dibawa arus selepas terjatuh ke Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri di sini kelmarin ditemukan hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi,14, ditemukan pada pukul 7.45 pagi ini. “Mangsa ditemukan terapung pada jarak 900 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. “Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut ,” katanya di sini hari ini. Kelmarin, mangsa dilaporkan hilang dibawa arus deras sungai Pahang apabila terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika memancing di sebuah rumah rakit. Mangsa dipercayai tergelincir selepas terpijak hujung lebihan atap zink rumah rakit milik Majlis Daerah Jerantut berkenaan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035