Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Faculty :Kosmo
Year of Publication :31 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat negeri Pahang serta rakyat Malaysia amnya. Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, sempena kehadiran tahun baharu ini, Paduka Baginda berdua mendoakan agar seluruh rakyat sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, keselamatan, serta kehidupan yang harmoni dan sejahtera. “Mudah-mudahan tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kekuatan semangat dan kejayaan dalam setiap cabaran kehidupan yang dilalui. “Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersatu padu, saling menghormati serta mengamalkan nilai-nilai murni demi memelihara keharmonian masyarakat dan kemakmuran negeri serta negara tercinta. “Jadikan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk memperkukuh azam, meningkatkan usaha dan memperbaiki diri ke arah masa depan yang lebih gemilang,” menurut hantaran tersebut. Dalam masa sama, bersempena kehadiran tahun baharu ini juga, Paduka Baginda berdua mengajak semua rakyat bersama-sama berdoa agar negeri Pahang dan negara ini dijauhi segala bentuk tragedi serta bala bencana seperti taufan, banjir dan gempa bumi. “Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Negeri Pahang Darul Makmur dan negara Malaysia keseluruhannya. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026,” menurut hantaran itu lagi. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035