Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Inovasi PSIS tawan Seoul, raih emas dan perak di SIIF 2025
Faculty :Kosmo
Year of Publication :27 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 di Korea Selatan. Menurut beliau, kejayaan itu menyaksikan PSIS meraih dua anugerah berprestij antarabangsa salah satunya adalah Anugerah Emas (Gold Award) menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation. Satu lagi Anugerah Perak (Silver Award) pula diraih menerusi inovasi PlantScape Apps for Residential 2.0, yang turut menyerlahkan keupayaan pasukan PSIS menghasilkan penyelesaian kreatif berasaskan teknologi di peringkat antarabangsa. “Pencapaian tersebut membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing, berfikiran global dan mampu bersaing di pentas dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook. Zambry juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035