Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah atas pemergian Bung Moktar
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :05/12/2025 15:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia, awal pagi tadi. Melalui hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini, baginda berdua menyampaikan harapan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT. Baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi. Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi, dan pemergiannya disahkan oleh anaknya Naim Kurniawan Moktar. Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Luyang sebelum solat jenazah diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas selepas solat Jumaat. Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, baru sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 Nov lepas. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035