Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Mangsa banjir di Perak dan Selangor terus menurun, Pahang kekal
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :06/12/2025 21:52 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan positif setakat 9 malam ini apabila jumlah mangsa di Perak dan Selangor terus mencatatkan penurunan, manakala Pahang kekal tidak berubah. Di PERAK, jumlah mangsa menurun kepada 1,021 orang daripada 291 keluarga yang masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,280 orang daripada 376 keluarga pada sebelah petang. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak kekal mencatat angka tertinggi dengan 465 mangsa, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (221). Di SELANGOR, jumlah mangsa juga terus berkurangan kepada 114 orang daripada 45 keluarga berbanding 122 orang daripada 49 keluarga petang tadi. Menurut laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya tiga PPS masih beroperasi, semuanya terletak di daerah Kuala Selangor. Sementara itu di PAHANG, jumlah mangsa kekal 31 orang daripada 12 keluarga. InfoBencana JKM memaklumkan, daerah Raub menempatkan 24 mangsa di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035