Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kerajaan Pahang dicadang sedia bantuan sewa rumah untuk B40 bandar
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :08/12/2025 22:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kerajaan Pahang dicadang mempertimbangkan pelaksanaan inisiatif bantuan sewa rumah khusus untuk golongan B40 di kawasan bandar bagi meringankan beban golongan berkenaan. Cadangan berkenaan dikemukakan Chan Chun Kuang (PH-Semambu) yang berpendapat langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat. "Golongan B40 bandar juga memerlukan perhatian khusus agar mereka tidak terus terpinggir," katanya ketika perbahasan Belanjawan Pahang 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Dalam pada itu, Chan turut mencadangkan penubuhan Unit Penyelaras Projek Pahang-Persekutuan bagi mengurangkan birokrasi dan mempercepat pelaksanaan di negeri itu. Beliau berkata penyelarasan berkenaan penting supaya projek yang diumumkan tidak hanya 'tinggal di atas kertas' atau tertangguh dalam tempoh masa yang lama. Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mencelah perbahasan Chan yang menyentuh mengenai rumah ibadat bukan Islam memaklumkan mana-mana pihak yang ingin berurusan mengenai hal berkenan boleh berhubung dengan pihak Setiausaha Kerajaan Pahang. Terdahulu, Chan memohon kerajaan negeri mewujudkan geran rumah ibadat bukan Islam khusus bagi kerja penyelenggaraan dan pembelian peralatan. Pada persidangan itu juga, Rizal Jamin (ADUN Lantikan) mencadangkan studio digital diwujudkan bagi membolehkan mereka yang terlibat untuk membangun dan menerbitkan kandungan secara lebih profesional. Beliau berkata ia boleh dilakukan secara projek rintis di kawasan yang terpilih, dengan kumpulan sasaran adalah mereka yang mengikuti latihan yang disediakan oleh kerajaan negeri. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH-Tras) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri membina gedung makanan bagi persediaan ketika situasi kecemasan di luar jangka atau bencana. Persidangan bersambung esok. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035